Friday, May 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Batang Kali ditubuhkan pada tahun 1945. Bangunan pertama diperbuat daripada kayu beratapkan zing. Bilangan murid pada ketika itu lebih kurang 25 orang murid sahaja. En Palanisamy telah bertugas sebagai guru sehingga tahun 1955.
Pada tahun 1956 sekolah bahagian Ladang Kuala Kubu telah dicantumkan dengan Sekolah Ladang Batang Kali. Sebuah bangunan baru digantikan dengan harga RM 2500.00 . Bangunan ini terletak di kawasan perumahan pekerja Ladang Batang kali.
Pada tahun 1960 jumlah murid bertambah menjadi 130 orang. Pada tahun 1961, sebuah bangunan baru dapat didirikan di tapak sekolah sekarang. Kos pembinaan bangunan sebanyak RM 16,000.00 telah dibiayai oleh kerajaan pusat. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh YB En.Arunasalam, Pengelola Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor.
Pada tahun 1968, air paip telah diperoleh dengan bantuan YB Kaw Kai Boh, Menteri dan juga Ahli Parlimen Hulu Selangor. Pada 1974, bekalan elektrik diperoleh atas usaha YB Dato Michael Chen, Menteri dan Ahli Parlimen dan YB En.Rosedin, ADUN Batang Kali.
Pada tahun 1981, satu lagi bangunan tambahan telah didirikan dengan perbelanjaan RM 40,000.00 yang mengandungi sebuah bilik, sebuah lagi bilik serbaguna, stor dan tandas. Pada tahun 1998, bangunan baru dua tingkat siap dibina. Jumlah bilik di bangunan ini adalah empat. Sebuah bilik di bangunan ini digunakan sebagai pejabat dan bilik Guru Besar, sebuah bilik lagi digunakan sebagai bilik Guru Penolong Kanan dan bilik guru, sebuah bilik pra sekolah dan sebuah bilik darjah. Bangunan ini turut mempunyai sebuah makmal, stor dan tandas guru lelaki dan perempuan.
Pada bulan Disember 2008, dua buah bilik darjah segera telah siap dibina atas peruntukan khas Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Guru Besar - Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini :
1. En.Palanisamy (1945-1955)
2. En.Muthu (1956-1983)
3. En.M.Ganesan (01.07.1984-30.11.1995)
4. En.P.Subramaniam (01.12.1995-18.05.2001)
5. En.R.Paramasivam (01.06.2001-31.08.2005)
6. En.A.Balakrishnan (01.09.2005-30.11.2006)
Pn.P.Manjulah (01.12.2006- hingga Sekarang
SJK(Tamil) Batang Kali akan bersungguh-sungguh dengan menggunakan semua sumber yang ada dalam melahirkan insan yang:
Menyayangi ibu bapa,guru-guru,dan sekolah.
Mempunyai iltizam untuk mencapai kejayaan yang membanggakan.
Komited dalam melaksanakan semua tanggungjawab.
Berbudi bahasa dan bersopan-santun.
Berilmu,beramal dan berusaha dalam segala aspek.
Sentiasa cemerlang dan gemilang dalam setiap penyertaan.
Meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan,mutu pengajaran dan pembelajaran serta prestasi murid.
Menjadikan SJK (Tamil) Batang Kali sebuah institusi pendidikan khas yang sentiasa cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum yang mampu melahirkan insan bersahsiah mulia,berwawasan serta berketerampilan.
No comments:
Post a Comment